Jumaat lepas-lepas Allah ilhamkan aku sesuatu. Jeng jeng jeng. Youtube ! heee
Video diy kat youtube buat aku lupa diri sekejap.
Dah ada kegilaan baru sekarang. Obses dengan kotak, wrapping paper.
Projek guna meja kaki separuh siap letak lampu meja. Over sangat ! konon mini work station. Bagi semangat tu sebenarnya. Habis aku angkut abah dengan ibu punya stationary masuk dalam bilik.
Day 1 : Kotak serba guna
Aku guna kotak seterika. Balut dengan wrapping paper. Kemudian tepek paper wheel. Memandangkan ini projek pertama, ambik masa dari mula pegang gunting sampai siap tepek paper wheel, kira-kira dalam 4 jam. Haha.
Ni rupa kotak tu.
Abaikan paper wheel punya bulat tengah dah hilang. Hehe.
Boleh lah masukkan apa-apa. Mula-mula kotak ni siap aku letak charger, earphone, dengan pen drive. Lepas Deqqa balik dari asrama, aku terus bagi hadiah dekat Deqqa kotak ni. Adik kan selalu dapat barang second hand kakak. Hehe *Deqqa dah selamat rasmikan pun seperti di atas* :D
Day 2 : Pop up card untuk Deqqa
Ni lah first time aku buat kad pop up. Kebetulan abah dengan ibu nak lawat Deqqa kat asrama, jadi aku pun buat kad kasih sayang untuk Deqqa. Lama jugak ambil masa memandangkan cubaan pertama kali. Abah kejap2 jenguk kat pintu bilik risau kot aku tak keluar-keluar bilik. Work in progress, Bah ! kikiki
Hasil pop up card untuk Deqqa.
Simple je tapi Deqqa tak percaya aku buat. Sampai hati kamu dik. Naik haus ibu jari ni melipat menggunting. Tapi paling best dengar ibu cakap. Deqqa dapat kad boleh nangis terharu.
Oh. Kad tu aku tak bubuh dalam envelope. Aku buat paper bag kecik. Itu pun baru belajar kat youtube. Hihi
Ni rupa paper bag tu.
Sekarang ni gila dengan video room tour pulak dekat youtube ! Adoi.
comel kad pop up tu..;)
ReplyDeletetgh ada mood tu.. hihi..
Deletecomelnya, seronok kan buat aktiviti kraf ni, anak bongsu kak ana suka benda2 cam ni..:)
ReplyDelete