Wednesday, July 31, 2013

Review kahwin ; Bunga tangan

Kalau ikutkan butik pengantin bagi free gift dah bunga tangan. Tapi sebab memang masa belum jadi pengantin dulu teringin nak bunga tangan felt, jadi kita turutkan jelah isi hati ni. Lagi dua minggu nak kahwin, sibuk google tutorial felt roses. Memang tak nak bunga lain, nampak roses je masa tu. Demand pulak tu nak pink. Tak pe, ikut kan jelahhh hati ni. Tipulah kalau masa meng-google tu bila tak jumpa yang berkenan, mesti akan ada rasa macam -tak jadilah nak DIY- kan?  Tapi semangat kental yang ada dalam diri sangat-sangat membantu. So, grab cepat-cepat semangat tu. Ikat kemas-kemas jangan bagi lepas :) 

hasilnya?





alhamdulillah :)
gabungan warna light pink, shocking pink, campur dengan ribbon polka dot pink putih, haaaaa.. satu je nak cakap.

LEGA !

alhamdulillah angan-angan tercapai !

syukuuur.

tapi. tapi ni bunga bukan sebarang bunga. Ros bukan sebarang ros. 
Ni bukti persahabatan :)


TQ very muchh my beautiful angles :) MIE - BABA - YUYU :)




Kain felt ni siap dipotong, digulung, digam, senang cakap di-bungatangan- kan waktu hari nikah. Nikah malam Sabtu, 26.1.2013. Bunga tangan siap tengahari 26.1.2013. Ni semua hasil tangan mereka -ada 6 tangan-. Aku? Aku keluar ikut Abah & Atuk untuk uruskan hal-hal lain. Pegi rumah Ustaz qadi remind majlis nikah, tempah kek untuk makan-makan keluarga malam 27.1.2013, beli kudap-kudap sikit untuk kakitangan di rumah, beli barang-barang sampingan yang tak cukup macam reben, benang, dan sebagainyalah. Last minute sangat kan? Biasalah. Pengantin duduk jauh mengejut. Bulan 12 masih kerja di Perak. Tup-tup bulan 1 awal bulan dah kena lapor diri di Johor. Sekali kena hantar nuuun kat penghujung benua Asia. Apa nak cakap? Aku redhaaa :')

Masuk cerita bunga tangan balik. Aku suka sangat-sangat dengan bunga tangan ni, dua-dua majlis aku guna. Nikah & resepsi. Sebenarnya aku kecewa dengan bunga yang butik bagi. Memang fresh flowers, tapi warna dia macam dah lebam-lebam. Lepas tu dah tak nampak fresh. Mungkin sebab kaler dusty pink kot. Aku tak marah, dan tak de pun nak rasa tak puas hati ke apa. Tak. Aku anggap je tak da rezeki aku nak pegang bunga lain masa resepsi. Lagipun memang aku dah syioook sangat dah pegang bunga tangan yang kawan-kawan aku buat. Masa first time tengok bunga tangan tu -masa tu aku baru balik uruskan hal last min tadi-, aku jerit seronok ! terus posing depan cermin. HAHA 



hiks :D ramai kan yang kongsi rasa suka dengan bunga tangan Mie-Baba-Yuyu. Tengoklah Ainna si kecik kat gambar atas, masam muka nak bunga =P


apa yang best bila ada bunga tangan yang bukan dari fresh flowers?

boleh feeling2 pengantin sampai sekarang ;) bunga tangan aku ada lagi dalam bilik aku kat rumah Teluk Intan. Ibu letak dekat atas almari solek. Setiap kali pandang, terbayang-bayang kenangan masa majlis. Bagi aku, bunga tangan boleh jadi terapi untuk pengantin perempuan kurangkan rasa nervous masa berjalan dengan encik suami kat sebelah. Macm aku dulu, tangan kiri pegang bunga tangan. Tangan kanan genggam erat tangan En.Kande. Aku rasa naik nipis jugaklah kulit tangan En.Kande aku pegang sebab nak hilangkan nervous. Masa tu macam-macam kita akan rasa. Pipi merah panas, kena control kasut lagi takut terpelecok, kena jaga kain yang panjang berjela lagi, macam-macamlah. Aku ni memang jenis darah gemuruh dan penakut memang gitu le jadinya ;) hmm.. lagi, kita boleh DIY ikut citarasa kita. Tak kena macam ni, kita ubah lain, tak berkenan yang ni, kita ubah lain. Tak berkenan lagi, hmmm.. mintak tolong orang je lah :D 

ni sebenarnya bunga tangan yang ada dalam kepala aku lepas usaha meng-google sana sini. Tiap kali sebut @ taip "google", mesti aku terbayang dalam kepala aku ala-ala tengah online sambil snorkeling pakai goggle =P

ni inspirasi bunga tangan yang mula-mula aku cadang nak buat.



sumber ; http://anasuri.wordpress.com


Nak penuhi misi bunga di atas, aku cuba buat guna tutorial ni.





Gulung punya gulung, makin lama jadi macam kerepek siput yang kecik-kecik tu. Memang tak de rupa nak jadi ros. Dalam 20 aku cadang nak letak, satu je yang jadi aku gulung =P tapi aku tak putus asa. Nak jugak kan? Jadi, bertabah lah ! Gulung dan teruslah menggulung. Sampai lah aku akhirnya surrender sebab penin campur geram tak jadi-jadi macam yang mula-mula tu *.*
Tu yang bunga tangan punya projek jalan hari nikah tu. Bila kawan sejati -MIE- sampai rumah pagi Sabtu. Aku sempat tengok Mie buat sekuntum. Laju je pusing sana, gam pistol sini, kagum ! :) Mie ni tokei kedai barang-barang pengantin dan jahit. Nanti aku buat entri khas promote Mie. heeee.. Ha, nanti jugak aku cerita pasal kawan-kawan aku yang sangat ringan tulang bantu sana sini untuk majlis.

ni aku close-up sikit gambar bunga tangan tadi. Untung-untung boleh tambah idea untuk men-DIY :)







akhir kata, 


bidadari-bidadari yang cantik rupawan -MIE, YUYU, BABA-
Tq very much, i love all of u princesses :)


aku hanya manusia biasa, punya angan-angan majlis kahwin luar biasa, sebagai kenangan terindah. Andai ada apa-apa yang terlebih bicara, terkurang bahasa, aku mohon maaf ehh. Aku nak semua orang tahu, walau poket kecil, impian boleh terlaksana, yang penting adalah? USAHA dan DOA ! :) in syaa Allah Allah will ease everything for us :)


xoxo,

Mrs.Zairul

22 comments:

  1. Wahh...sangat cantik dear.Memang puas hatila.Suke3.Pink pulak tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sha :) kalau dah suka pink, sume nak pink kan ;)

      Delete
  2. cantikk,cantikkk..saila mmg suka bunga tangan..sampai skrg masih google cuci2 mata :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq saila :) saila try la DIY, nnti review ehh.. tak sabar nak tgk ! :)

      Delete
  3. pandainya DIY.. kalau betul-betul nak mesti tekad sampai berjaya kan.. hasilnya memang sangat cantik.. akak suka.. :D

    ReplyDelete
  4. Bertambah2 seri dgn adanya bunga tangan yg gojes tue.. i like..;)

    ReplyDelete
  5. Hi nice blog!!..

    jemputlah ke blog saya!!
    Mak in Progress

    ReplyDelete
  6. Serius cantik hand bouquet tu. I like. Masa tunang nanti boleh juga buat macam ni kan. Hehe~

    ReplyDelete
  7. cantiklaaa..dah la pinki2..mng sgt5 suka..=D
    zara follow sini no 27 ye..=D

    ReplyDelete
  8. comelss walaupun last minit punya kan. hihiii

    kite pon verangan nak buat bunga tangan DIY sendiri lah nanti. entah jd entah x nanti kan. haha

    ReplyDelete
  9. cantikkk!!

    Selamat Hari Raya.. maaf zahir batin./. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tenku butang :) selamat hari raya juga :) masih berbaki ckit lagi syawal ;)

      Delete
  10. I love DIY n hb tu cantekkk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, qa pun sukaaaa DIY :) tq @neng ana :)

      Delete
  11. cantik blog...comel la bunga 2...Thanz follow yam..Yam dah follow sini balik :)

    ReplyDelete
  12. comels je bunga tangan tu.rara dulu pakai fresh rose.tapi dh ptg tu budak2 main.hancur.xtinggal apa pon dh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe rara :) ada gambar, kenangan jugak tu ! :)

      Delete
  13. salam awak.. mmg cun sgt bunga tangan awk tu..
    salam perkenalan dari sy ex b2b dr kedah..jemput follow blog sy http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com

    ReplyDelete