Monday, August 17, 2015

Puri pisang di taska

Hari ni aku dah start bekalkan zayyan puri dekat taska. Hari ni giliran si pisang nemandang 4 hari dah zayyan makan puri epal. Kena follow 4 days rule gitu. Huru hara hari pertama ibu, sayang ! Banyak sangat aku kena belajar. Walaupun lambat hari ni, alhamdulillah aku menang lagi mesin thumb print kalah.. 7.19.. lagi seminit aku nak pecah rekod.

Macam main sukaneka hari ni. Dah gerak lagi 100m nak sampai taska aku baru teringat puri zayyan dalam peti. Aku terus patah balik laju2 masuk rumah bukak peti ais kauk bullet yang dua ketul tu. Mujur aku dah siap semua malam tadi. Malam ni kena tampal note dekat peti ais.

Ambik zayyan dari taska tadi kakak bagitau zayyan makan banyak, dah tak da nak merengek2.. mungkin sebab kenyang.. alhamdulillah :) seronok ibu dengar zayyan suka makan puri. Makin semangat ibu. Tq babah belikan baby bullet. Moga sama2 dapat kumpul pahala walaupun kita xdapat prepare solid food zayyan sama2..


Semoga anak ibu & babah ni sihat, kuat, bijak, dan mudah dijaga ya sayang !
Amiin.

Sunday, August 9, 2015

Alhamdulillah dah 6 bulan !

Alhamdulillah enam bulan dah anak ibu dan babah.. cepatnya masa berlalu sayang.. rindu anak ibu yang diam je bila dibedung dulu.. yang pasrah je bila dicium dulu.. cepat sangat masa sayang :) in syaa Allah kita start solid food Zayyan bila babah balik minggu ni ya :)

Muhammad Zayyan 'Ateeq bin Zairul Fazwan, smoga anak ibu & babah ni membesar jd anak yg soleh, sihat, bijak, dan jd penawar serta penyejuk hati babah & ibu ya sayang.. babah & ibu sayang zayyan..

Monday, January 5, 2015

Happy Anniversary 143 !

Happy Anniversary, my dearest husband - Encik Zairul Fazwan :) -

Alhamdulillah, kalau ikut kalendar hijrah genap dua tahun dah :) walaupun tak bertentang mata sekarang ni, ingatan dan doa tetap titip sama2 :') moga ada rezeki kita dapat duduk sama.. Amin Ya Rabb.

14 Rabi'ul Awwal 1436 H = 14.3.1434

=

143 = I Love You ! 





Thursday, January 1, 2015

Planner : January 2015 !

Alhamdulillah 1 haribulan Januari tahun 2015. Fuuuuh !

Moga apa yang dirancang untuk tahun ni terlaksana dengan baik dan moga tahun ni bermanfaat dan penuh barakah, in syaa Allah :)

Sebelum 2015 mula, aku dah siap-siap dengan planner. Mengharap satu permulaan yang baik dan teratur kunun.

Pakai publisher je lepas tu edit-edit sampai puas mata sambil tengok tv !
Disebabkan masa tu berbaki lagi tiga hari nak ke 2015, dan ada lagi kerja tertunggak bulan Disember tak siap, aku buat sekali planner "December 2014". Alang-alang ink printer pun ada lagi, jadi jangan kufur nikmat :D





harap "January 2015" dapat bekerjasama dengan baik !
Allahumma amin :)