Monday, September 22, 2014

Resepi ; Apam Dewa :)

Kemain nama apam ni :D abah kata dulu arwah nenek selalu buat tapi panggil 'roti kukus' :)

Alhamdulillah dua kali dah cuba buat apam dewa ni. First batch keras sikit. Yang kedua alhamdulillah okkay walaupun pembantu berbeza.. hihi


Tq Deqqa pembantu first batch & Tq Dear Mr.Zairul pembantu second batch !


Paling best buat apam ni masa nak masukkan warna-warna dalam loyang sampai jadi spiral :) 


Soooo, nilah resepi apam dewa setelah dua kali percubaan ;)


Bahan-bahannya :

6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil penutup esen vanila
1 3/4 cawan tepung gandum


Caranya :


(1) Didihkan air dalam periuk kukus.


(2) Sapu loyang dengan marjerin (elak apam dari melekat pada loyang selepas siap)


(3) Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga betul-betul kembang dan 

     adunan naik 2 kali ganda (aku pakai mixer guna high speed lebih kurang 15 minit)
     Tips ibu : tak perlu mixer stand. Pegang je ngan tangan dekat pemegang tu, lepas tu 
                    kacau jangan sampai bawah bowl mixer. Memang naik gebu.

(4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.


(5) Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.


(6) Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan 

     warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah 
     sehingga semua warna adunan habis. (Yeayyyy ! best part ! nanti nampak lah bentuk 
     spiral)

(7) Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. 

     Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat 
     bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah 
     adunan. Buat kepada empat bahagian (yang ni aku tak cuba sebab suka dah dengan 
     spiral tu)

(8) Kukus apam selama 40 minit menggunakan api sederhana.

     Tips : Boleh balut penutup periuk kukus dengan napkin atau lebih mudah letak sahaja 
              plastik biasa atas loyang, balut elok-elok supaya air wap tak jatuh. Bagi apam 
              lebih cantik permukaan atas tu ;)


Credit to : http://resepicikguani.blogspot.com/2012/09/apam-dewa.html 

                Terima kasih ! :)


Ni lah rupa apam dewa masa first batch dulu :) banyak lagi nak kena belajar.. supaya herot-herot tu dapat diperbaiki.. hehe




Thursday, September 11, 2014

Kotak serba guna & kad 'pop-up'

Pagi bila abg.zairul call mesti tanya : "apa aktiviti hari ni?". Penat lah asyik jawab "tak da apa yang menarik pun". Lagi penat bila kena "ooo.. semua menolak la ye". Nasib baik jauh. Kalau tak dah kena sepit ketam dah.
Jumaat lepas-lepas Allah ilhamkan aku sesuatu. Jeng jeng jeng. Youtube ! heee

Video diy kat youtube buat aku lupa diri sekejap.

 Dah ada kegilaan baru sekarang. Obses dengan kotak, wrapping paper.

Projek guna meja kaki separuh siap letak lampu meja. Over sangat ! konon mini work station. Bagi semangat tu sebenarnya. Habis aku angkut abah dengan ibu punya stationary masuk dalam bilik.

Day 1 : Kotak serba guna

Aku guna kotak seterika. Balut dengan wrapping paper. Kemudian tepek paper wheel. Memandangkan ini projek pertama, ambik masa dari mula pegang gunting sampai siap tepek paper wheel, kira-kira dalam 4 jam. Haha.

Ni rupa kotak tu.


Abaikan paper wheel punya bulat tengah dah hilang. Hehe.





Boleh lah masukkan apa-apa. Mula-mula kotak ni siap aku letak charger, earphone, dengan pen drive. Lepas Deqqa balik dari asrama, aku terus bagi hadiah dekat Deqqa kotak ni. Adik kan selalu dapat barang second hand kakak. Hehe *Deqqa dah selamat rasmikan pun seperti di atas* :D


Day 2 : Pop up card untuk Deqqa

Ni lah first time aku buat kad pop up. Kebetulan abah dengan ibu nak lawat Deqqa kat asrama, jadi aku pun buat kad kasih sayang untuk Deqqa. Lama jugak ambil masa memandangkan cubaan pertama kali. Abah kejap2 jenguk kat pintu bilik risau kot aku tak keluar-keluar bilik. Work in progress, Bah ! kikiki

Hasil pop up card untuk Deqqa.






Simple je tapi Deqqa tak percaya aku buat. Sampai hati kamu dik. Naik haus ibu jari ni melipat menggunting. Tapi paling best dengar ibu cakap. Deqqa dapat kad boleh nangis terharu.
Oh. Kad tu aku tak bubuh dalam envelope. Aku buat paper bag kecik. Itu pun baru belajar kat youtube. Hihi

 Ni rupa paper bag tu.





Sekarang ni gila dengan video room tour pulak dekat youtube ! Adoi.

Thursday, June 12, 2014

Pinjam bilik ya, Cinderella !

Hari isnin dan selasa lepas, aku teman abg.zairul seminar di cherating. Gerak dari jengka hari ahad takut kelam kabut, nak cari tempat seminar, tempat bermalam, dll. Cari tempat bermalam area cherating, banyak dah penuh, dan tak berapa affordable untuk student. Haha.
Jadi, sudahnya buat keputusan bermalam di kuantan. Cadang di hotel sentral. Google punya google tertarik dgn satu tempat. So, hotel sentral jadi pilihan kedua.
Dengan bantuan waze, kami gerak menuju ke kuantan. Paling tepat "hotel arenaa batik".. dari cherating lebih kurang 35 minit.

Pendek kata, hotel ni memang well recommended untuk yang mencari hotel mampu tumpang. 'Mampu milik' marah pulak owner dia karang. Mampu tumpang cukup. Hehe

Masuk je bilik, aku dah feeling pusing2 gaun cantiknyaaaa bilik ni. Memang cantik. Puas hati. Tambah bila aku bukak amari dia. Seronok ! Ada iron, hair dryer, siap weighing scale ! Tepi almari pulak, ada iron board :)

Tengok bilik air pulak waaaaahh. Besttt. nampak eksklusif sangat sebab tema hitam putih. Air besarrrr !

Memang teruja habis. Bilik hotel tu guna lampu kuning. Jadi, sangat romantikk gitu. Oh. Tv pun best. Boleh cucuk usb lagi. Hehe.

Sempat la bukak cinema sendiri tengok cerita the journey ! :)

Sepanjang kami tumpang situ, puas hati sangat :)

dengan harga Rm120 / malam, dapat breakfast free dah lebih dari cukup dah :) bilik pun lawo ala ala fairy tale gituuu.


Till we meet again ya bilik cinderella ! :)

Friday, April 25, 2014

Happy birthday miss alya !

Happy birthday kakak !
sweet 20 ;)
dah masuk angka dua puluh budak ni. How time fliesss :')
semoga dikabulkan setiap impian, dan angan2 kamu, sayang.