Thursday, September 5, 2013

Penyakit kah?

Kalau dah namanya MALAS, memang satu apa kerja pun tak kan bergerak. 

Aku dah buat list dalam kepala kerja-kerja aku. Dah siap reward diri sendiri pun kalau aku berjaya siap kan kerja-kerja aku. Semua aku dah susun elok-elok, tapi tapi. Tak da satu kerja pun dalam list aku dah bergerak tunjuk progress. Semua pending, tersangkut langsung tak bergerak. Aku tahu kesan bertangguh, aku tahu kesan buat kerja kelam kabut. Tapi aku tetap malas. Aku nak tampal besar-besar doa yang mintak jauh sifat-sifat buruk tu, -salah satu ada menjauhi sifat malas-. Nak tampal doa tu pun aku malas. 


Tak dinafikan minggu ni, aktiviti sekolah sangat banyak sebab ada program baraan raya rumah cikgu-cikgu. Dari sabtu lepas dah 13 rumah orang kampung, ahad rumah dua cikgu, sampailah hari ni. Hari ni giliran aku, tapi aku tau kemampuan aku dan rumah Benut nak tampung tetamu, jadi last minute aku discuss dgn Kak Shida, kongsi je. Malam tadi berperanglah aku kat dapur bancuh dua flavor dadih. Dengan aku lupa beli susu, lari sekejap pergi 7E pukul 11pm. Suami jauh, banyak benda kena urus sendiri. Mungkin ni salah satu sebab aku jadi lemau macam hari ni :( Semangat merudum je.. Dan sebab paling utama, aku nak cuti 16 September ! Aku nak jalan, aku nak jumpa orang-orang kesayangan.
Assignment banyak ya amat. Semua due tarikh 16 tuh.... Tu lagilah tambah bonus aku jadi super duper pemalas dan sangat benci tengok kertas :( rasa nak muntah :( seriously.

Tengah-tengah bermalas tadi, aku men-google- cara nak jauhi sifat malas. Nak tambah level motivasi diri jugak. Aku jumpa ni ;









normal lah apa yang aku rasa ni. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Walaupun aku tau aku memang tak boleh lari dari segala macam kertas assignment. Tapi nak tak nak kena hadapi jugak kan. Sampai bila nak lari? Buat cepat, settle cepat, lega, plan for vacation @ balik kampung. Yeps. Aku rindu masa lapang.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Aku teringat minggu lepas. Kan baru balik cuti raya, dengan lama cuti, sambut menantu masa tu, dengan En. Kande pun ada je di sisi cuti jugak, makin mengada-ngada perasaan ni. Sensitif bebeno. Lama aku duduk menung, takkan aku nak macam ni sorang-sorang, aku kena bangun, tolong diri aku. En. kande, ibu abah, mak abah, kawan-kawan mesti tak sanggup tengok aku macam ni. Dan-dan aku terbayang Aisyah limapohsen. Mintak jauh. Kita ada akal, ada iman, guna sebaiknya. In syaa Allah. Cepat-cepat aku istighfar.
Thanx to Allah. He leads me to find something better, to cure my soul, to purify my mind. Alhamdulillah. I found this out ;


http://www.iluvislam.com/kategori/inspirasi/motivasi

aku baca satu-satu artikel kat dalam ni. Terusik jiwa, hati, sanubari, semua lah. Semangat sikit buat kerja. Kadang-kadang sebelum tidur, bila muhasabah diri, aku rasa alpa sangat. Mungkin aku jadi macam ni sebab rohani aku kosong. Aku rindu masa ikut usrah zaman belajar dulu. Perlu sangat-sangat unsur kerohanian ni suburkan iman kita. Ya, aku terlepas yang tu. Alhamdulillah, Allah tarik aku balik. Alhamdulillah Allah kurniakan aku pendamping yang baik. Syukur. Aku sayang semua kesayangan aku, Aku kena kuat !




xoxo,

Mrs. Zairul

Thursday, August 29, 2013

jumpa kawan baru ; Hai Pou !

lama menghilang. Hihi.. Blog pun nak makan kuih raya jugak.

Aku dah bela pou :D 

Jadi la buat teman kat johor ni bila suami jauh. Orang lain semua dah lama ber-android kan, aku baru nak kenal dunia android :D

Aku start ber-pou saja suka-suka nyibuk bila orang lain sibuk sana sini cerita pasal pou, tunjuk pou. Adik-adik sepupu aku lah. Siap tunjuk sambil tu diorang angkat-angkat kening. Riaakkk sangat. HAHA.

Aku tak lah setegar adik-adik sepupu aku. Pou kaler-kaler, wallpaper cantik-cantik. Dua minggu cuti raya kan suami sentiasa ada, setia di sisi, jadi beliau bising aku sibuk bagi makan Pou. Sampai bila aku ajak suami makan, his sound is "nnnoooo!" merajuk. Macam pou bila dah kenyang kita bagi makan jugak ! HAHA Tapi aku kan kuat berpura-pura kadang-kadang. Ye, jangan contoh. Aku selalu curi main pou bila tengok level energy ngan makan dia menurun. Sekali abg.zairul bagi ayat power. Nanti anak keluar macam pou. Cepat-cepat aku tutup sambil pejam mata rapat-rapat. Nnnnnoo ! jerit mcm pou jugak.

Tapi biasalah. Orang kalau dah degil macam-macam alasan. Masa ni motto hidup aku 'hendak seribu daya, tak nak seribu dalih' ! Aku tunjuk abg.zairul mata pou yang gegar-gegar tu bila kita tak bagi dia makan @ dia tak cukup energy. Hihi.. Hihi.. comel mata pou gegar-gegar. Nanti abg.z cair la ;)
lepas tu, masa pou dah jaga dari tidur. Lampu kan padam. Terkedip-kedip mata dia. Aku cakap abg.z kesian pou, dia takut gelap. Bagilah bukak lampu dia kejap. Cair lagi ! hihihi.. Cepat-cepat aku grab phone cari pou ! ;)


Harus si pou ada spek macam tuan !


Kebaikan ber-pou, aku dah jadi kurang merungut. Hehe.. Tau sebab apa? Takut kena smash melantun kat kepala sendiri, insaf tak de jawapan nak balas balik.

"Kenapa eh kadang-kadang kan rasa macam masa 24 jam ni macam tak cukup je"

"Banyaknya kerja tertunggak. Ni pou la ni"

"Kan best kalau dari tadi dah siapkan awal-awal. Mesti tak kelam kabut. Ni sume sebab pou!"


Directly, machine gun berbunyi tttttttutuututututututututuuuu

Suami aka ayah agkat pou ; "Eh, pegi tengok pou tu. Tadi abang dengar dia bunyi2, mata gegar2, badan kotor. Cepat2. Dia tunggu tu. Kesian diaa. Abang ni tak pe. Pou tu kesian. Alahai, kesiannya pouuu".

Satu je nak cakap untuk diri aku.

Aku sentap !

Telan air liur dalam-dalam.

Masa ni mulalah ala. menyesalnya menyesalnya. Ala. Tak nak dah tak nak dah. Ala. Nak delete pou. Benci pou ! Pou busuk ! Kuat makan !

Tapi sekejap je lah. Tak sampai 24 jam, aku dah sumbat pou makan balik. Ceh untuk diri sendiri lagi =,=


Btw, tq pou ! sebab berjaya memotivasikan aku untuk tidak merungut sebab takut kena smash !

Boleh tak aku cakap kebaikan ber-pou aku jadi penyayang? :D hew heeeeeeww ;)

Aku makin faham perasaan ibu-ibu bila anak tak mo makan. Walaupun dah penuh peratus makanan dia, aku tetap kemaruk beli makanan lain dan sumbat satu-satu sampai pou bukak mulut. Akhirnya pou pun bulat. Dah la kaler pink ! :D aummm aummm, kita kawan !

saja aku tak nak beli fat burner, hihi.. biar pou bulat, baru nampak bahagia dan cukup kasih sayang :)

Bila ada pou, aku selalu cabar diri aku. Siapkan kerja dulu, kalau tak jangan usik pou ! its a must. therapy kan? belajar berdisiplin jugak ! Buat masa ni terkawal la, boleh bagi tiga je bintang kot. Kita tengok progress akan datang !

En.kande dah balik Terengganu pukul 7am tadi. Haishhhh.. Gemuk la kamu pouuu !



xoxo,
Mrs.Zairul

Wednesday, July 31, 2013

Review kahwin ; Bunga tangan

Kalau ikutkan butik pengantin bagi free gift dah bunga tangan. Tapi sebab memang masa belum jadi pengantin dulu teringin nak bunga tangan felt, jadi kita turutkan jelah isi hati ni. Lagi dua minggu nak kahwin, sibuk google tutorial felt roses. Memang tak nak bunga lain, nampak roses je masa tu. Demand pulak tu nak pink. Tak pe, ikut kan jelahhh hati ni. Tipulah kalau masa meng-google tu bila tak jumpa yang berkenan, mesti akan ada rasa macam -tak jadilah nak DIY- kan?  Tapi semangat kental yang ada dalam diri sangat-sangat membantu. So, grab cepat-cepat semangat tu. Ikat kemas-kemas jangan bagi lepas :) 

hasilnya?





alhamdulillah :)
gabungan warna light pink, shocking pink, campur dengan ribbon polka dot pink putih, haaaaa.. satu je nak cakap.

LEGA !

alhamdulillah angan-angan tercapai !

syukuuur.

tapi. tapi ni bunga bukan sebarang bunga. Ros bukan sebarang ros. 
Ni bukti persahabatan :)


TQ very muchh my beautiful angles :) MIE - BABA - YUYU :)




Kain felt ni siap dipotong, digulung, digam, senang cakap di-bungatangan- kan waktu hari nikah. Nikah malam Sabtu, 26.1.2013. Bunga tangan siap tengahari 26.1.2013. Ni semua hasil tangan mereka -ada 6 tangan-. Aku? Aku keluar ikut Abah & Atuk untuk uruskan hal-hal lain. Pegi rumah Ustaz qadi remind majlis nikah, tempah kek untuk makan-makan keluarga malam 27.1.2013, beli kudap-kudap sikit untuk kakitangan di rumah, beli barang-barang sampingan yang tak cukup macam reben, benang, dan sebagainyalah. Last minute sangat kan? Biasalah. Pengantin duduk jauh mengejut. Bulan 12 masih kerja di Perak. Tup-tup bulan 1 awal bulan dah kena lapor diri di Johor. Sekali kena hantar nuuun kat penghujung benua Asia. Apa nak cakap? Aku redhaaa :')

Masuk cerita bunga tangan balik. Aku suka sangat-sangat dengan bunga tangan ni, dua-dua majlis aku guna. Nikah & resepsi. Sebenarnya aku kecewa dengan bunga yang butik bagi. Memang fresh flowers, tapi warna dia macam dah lebam-lebam. Lepas tu dah tak nampak fresh. Mungkin sebab kaler dusty pink kot. Aku tak marah, dan tak de pun nak rasa tak puas hati ke apa. Tak. Aku anggap je tak da rezeki aku nak pegang bunga lain masa resepsi. Lagipun memang aku dah syioook sangat dah pegang bunga tangan yang kawan-kawan aku buat. Masa first time tengok bunga tangan tu -masa tu aku baru balik uruskan hal last min tadi-, aku jerit seronok ! terus posing depan cermin. HAHA 



hiks :D ramai kan yang kongsi rasa suka dengan bunga tangan Mie-Baba-Yuyu. Tengoklah Ainna si kecik kat gambar atas, masam muka nak bunga =P


apa yang best bila ada bunga tangan yang bukan dari fresh flowers?

boleh feeling2 pengantin sampai sekarang ;) bunga tangan aku ada lagi dalam bilik aku kat rumah Teluk Intan. Ibu letak dekat atas almari solek. Setiap kali pandang, terbayang-bayang kenangan masa majlis. Bagi aku, bunga tangan boleh jadi terapi untuk pengantin perempuan kurangkan rasa nervous masa berjalan dengan encik suami kat sebelah. Macm aku dulu, tangan kiri pegang bunga tangan. Tangan kanan genggam erat tangan En.Kande. Aku rasa naik nipis jugaklah kulit tangan En.Kande aku pegang sebab nak hilangkan nervous. Masa tu macam-macam kita akan rasa. Pipi merah panas, kena control kasut lagi takut terpelecok, kena jaga kain yang panjang berjela lagi, macam-macamlah. Aku ni memang jenis darah gemuruh dan penakut memang gitu le jadinya ;) hmm.. lagi, kita boleh DIY ikut citarasa kita. Tak kena macam ni, kita ubah lain, tak berkenan yang ni, kita ubah lain. Tak berkenan lagi, hmmm.. mintak tolong orang je lah :D 

ni sebenarnya bunga tangan yang ada dalam kepala aku lepas usaha meng-google sana sini. Tiap kali sebut @ taip "google", mesti aku terbayang dalam kepala aku ala-ala tengah online sambil snorkeling pakai goggle =P

ni inspirasi bunga tangan yang mula-mula aku cadang nak buat.



sumber ; http://anasuri.wordpress.com


Nak penuhi misi bunga di atas, aku cuba buat guna tutorial ni.





Gulung punya gulung, makin lama jadi macam kerepek siput yang kecik-kecik tu. Memang tak de rupa nak jadi ros. Dalam 20 aku cadang nak letak, satu je yang jadi aku gulung =P tapi aku tak putus asa. Nak jugak kan? Jadi, bertabah lah ! Gulung dan teruslah menggulung. Sampai lah aku akhirnya surrender sebab penin campur geram tak jadi-jadi macam yang mula-mula tu *.*
Tu yang bunga tangan punya projek jalan hari nikah tu. Bila kawan sejati -MIE- sampai rumah pagi Sabtu. Aku sempat tengok Mie buat sekuntum. Laju je pusing sana, gam pistol sini, kagum ! :) Mie ni tokei kedai barang-barang pengantin dan jahit. Nanti aku buat entri khas promote Mie. heeee.. Ha, nanti jugak aku cerita pasal kawan-kawan aku yang sangat ringan tulang bantu sana sini untuk majlis.

ni aku close-up sikit gambar bunga tangan tadi. Untung-untung boleh tambah idea untuk men-DIY :)







akhir kata, 


bidadari-bidadari yang cantik rupawan -MIE, YUYU, BABA-
Tq very much, i love all of u princesses :)


aku hanya manusia biasa, punya angan-angan majlis kahwin luar biasa, sebagai kenangan terindah. Andai ada apa-apa yang terlebih bicara, terkurang bahasa, aku mohon maaf ehh. Aku nak semua orang tahu, walau poket kecil, impian boleh terlaksana, yang penting adalah? USAHA dan DOA ! :) in syaa Allah Allah will ease everything for us :)


xoxo,

Mrs.Zairul

Sunday, July 28, 2013

Simple Giveaway July - Dec :)

Jom join GA ni !

Syarat-syarat Ain pun super duper simple :)



Klik banner ya kalau nak join. Jom lah kita meriahkan GA ni :)





Apa yang menarik??

*pemenang dipilih berdasarkan random*  peserta yang pernah menang akan dikecualikan untuk cabutan bulan berikutnya supaya peserta lain dapat peluang untuk menang hadiah jugak. -AIN-

Good Luck Everyone ! 


xoxo,

Mrs.Zairul

Saturday, July 27, 2013

Macam mana susun gambar?

Segala gambar dalam lappy teramatlah banyak. Gambar dengan family, gambar saudara-mara, gambar dengan kawan-kawan, gambar berjalan ke sana sini, gambar memasak itu ini, gambar suka gadget tu gadget ni, gambar event tu event ni, seriously, sumpah banyak. Dah masuk dua tahun lebih si lappy ni. Sepanjang dua tahun tu, seingat aku kali terakhir aku menyusun folder, masa tahun 2011 kot. Tu pun bukan aku susun, aku guna cara simple mimple, senang cakap cara si pemalas =P Gambar-gambar semua aku transfer masuk dalam CD. Lapang betul rasa bila dah simpan semua gambar dalam CD. Mula lah feeling eh, lappy ni laju je, dah tak berat lah, tak payah nak loading lama lah bila bukak application. 

CD tu aku label dengan permanent marker. Lepas tu aku asingkan ikut kategori, part by part. Yang mana gambar dengan family, sedara-mara aku bubuh sekali. Yang mana dengan kawan-kawan, kategori lain. Yang mana gambar-gambar kenangan En.Kande & family satu kategori. Lagi satu kategori, gambar yang rahsia kerajaan haram untuk tontonan umum. Gambar-gambar yang improper lah tu. Yelah, kadang-kadang kan kita ambik gambar sambil makan kat rumah, sambil main kucing, sambil makan kuaci depan tv, haruslah tak sempat nak berlari ambik tudung. Sedia je angkat tangan untuk buat "peace" :D konon adik kecik datang bawak kamera, tiba-tiba "cepat.. senyuuuumm" masa tu depan tv. Kita pun, senyum sambil tangan buat peace ! SIAP gambar masuk dalam memory card camera lepas tu transfer masuk dalam lappy. Haaa, gambar-gambar kategori macam tulah maksud aku rahsia haram tontonan umum tu.


Masuk pertengahan tahun 2013, macam mana aku tergerak hati nak susun balik segala macam jenis gambar? Bila aku dah mula berjinak-jinak dengan photoscape dulu, gambar jadi bertambah banyak dan susah nak cari. Sebab photoscape jugaklah aku tukar lappy. Dulu aku pakai notebook kecik tu, tak best kalau edit gambar. Sejak dah guna photoscape untuk edit-mengedit makin banyak lah gambar, dan bila gambar makin banyak, makin tak tersusun lee folder gambar dalam lappy ni. Bila edit gambar guna photoscape, gambar asal kita (sebelum edit) akan automatically masuk dalam folder "Original". Gambar yang dah edit pulak akan ambik alih tempat gambar kita tadi. Senang cerita, macam pindah rumah lah. Gambar asal pindah rumah lain (Original), gambar baru pindah rumah gambar asal. Got it? 

Okkay, punyalah tak tersusun gambar dalam lappy aku, dah ada "My picture" aku create lagi satu folder named as "My Pictures" lepas tu dah ada dua la kan? Ha, ntah dapat ilham dari mana, aku create lah lagi folder lain "My Photo", "My Photos". Tu tak termasuk lagi gambar-gambar aku copy dari kawan-kawan, sedara mara, gambar dalam folder "Downloads" lagi, gambar yang aku suka save dekat "desktop" lagi. Huhhhh.. Tak ke makin laku koyok kat kedai? 
sumber


Penyelesaiannya, aku cuba google. Mana tau ada yang sudi share tips dalam organizing gambar ni. Alhamdulillah aku jumpa, dan paling best super duper berkesan. Aku try sendiri ! Sebulan lebih kurang aku ambik masa menyusun. Tapi dua minggu kebelakangan ni aku betul-betul serius menyusun. Dan hasilnyaaaaaaaaaa,


Alhamdulillah, bangga dengan diri sendiri. TAK BAIK RIAK wehhh !


Aku bukan riak, tapi rasa seronok sangat. Bila bukak lappy je, kejap-kejap aku bukak folder gambar aku :D saja suka tengok mereka tu banyak-banyak tersusun rapiii je. Macam aku dapat rasa kebahagiaan mereka dalam tu ;)


So, here the tips :)


http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2012/07/tips-bagaimana-menyusun-folder-gambar.html

(1) Letak nama folder "Tahun-Bulan-Hari", lepas tu letak nama event.
     Contoh : "2013-01-01 - Tahun Baru di rumah"

(2) Asingkan gambar yang dah edit dengan gambar asal.

Aku suka dua-dua tips ni ! inspiring :)

Tq http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2012/07/tips-bagaimana-menyusun-folder-gambar.html for this beneficial tips :)


ni hasil cubaan aku, Alhamdulillah mission accomplished !

(1) 

aku susun gambar-gambar ni turutan menurun atau omputihnya kalau kita right-click dekat sort by tu kita akan jumpa "Descending". Aku susun macam ni sebab nak kan event baru ada kat atas :)


(2)


ni asing gambar edit dengan gambar asal.


Walaupun sangat-sangat memerlukan kesabaran dan pengorbanan masa yang banyak menggunung, tapi bila tengok hasilnya, sangat-sangat rasa seronok dan bahagiaaaaaa ! :) perasaan dia kan sama macam kita terlampau seronok sebab tiap-tiap hari bulan Ramadhan ni, ada orang belanja kita iftar. Ha, macam tu lah lebih kurang rasanya. HAHA



xoxo,

Mrs.Zairul :)


Wednesday, July 24, 2013

Songket pulak !

Ehem.. 
tengok Faezah Elai bergaya dengan songket masa program Melodi Raya tiba-tiba rasa nak cari songket untuk majlis bertandang. Nampak sopan, ayu, ala-ala perempuan melayu terakhirrrr. Kena usul pada big boss ni..



:)

kena baca "ya latiff" banyak-banyak ni sebelum penyampaian usul. En.Kande kata majlis sambut menantu kuasa veto pada belah lelaki. Takut benooo kita nak pink-pink lagi ke =P Gitulah, orang nak sambut kita, tak boleh banyak songeh ! ;)


Sunday, July 21, 2013

Dulu lain sekarang lain :)





Dulu lain sekarang lain, dahulu bujang sekarang dah kahwin ! =P



*                          *                         *

Dulu pernah blogging lepas tu stop, terus delete blog lama. Tak pikir langsung masa tu nak print screen satu-satu @ save as page ke untuk kenangan. huk huk..

yang cuma tinggal hanya banner ni ;



http://aisyahhumaira9257.blogspot.com


banyak cerita masa belajar dalam tu. Kenapalah tak terfikirrrr ehh nak ambik kenangan-kenangan dalam tu dulu :(

tak da rezeki kan, jadilah at least ada jugak cebisan banner ni.

Andai ada yang menyinggah di sini, atau ada yang pernah kenal saya masa di blog lama dulu, tinggalkan jejak di ruang cbox tu ya. In syaa Allah saya balas kunjungan kalian nanti :)

salam kenal semula awaks ! :)


xoxo,

Mrs.Zairul :)

Haiiii lah anakkk.

Dari mana datang anak? 

anak murid aku di sekolah. Insyirah nama diberi. Indah nama secomel orangnya. Tahun satu, duduk dalam kelas barisan paling hadapan. Sebelah dia Jazman. Oh, si Jazman ni sangat2 suka bergaduh, emm.. lebih kepada mengusik kot. Tengah-tengah belajar dia boleh toleh belakang. Dua kali. Kali pertama, untuk jenguk kawan di belakang -buat pa tu?- . Lepas tu, toleh kedua, untuk menjelir lidah ! ohhhhhh.. gggrrrrrrrrrrrr -hilang sabar aku sekejap !

Kalau kawan dia buat-buat tak tahu, noheng je, dia akan buat lagi hebat. Kadang2 siap dengan bunyi. Mengejek. Macam-macam akan keluar, perkataan paling kerap "gemuk". Ha, dia memang label Insyirah dengan gelaran tu. Banyak kali aku pesan. "Nanti Allah marah, baik mintak maaf. Nanti kalau Insyirah tak maafkan Jazman, Jazman masuk neraka, nak?" laju dia geleng taknak. Alhamdulillah. Tapi nasihat tu berkesan untuk beberapa hari je. Nanti dia mula balik. Masih nasihat yang sama aku bagi. Alhamdulillah sekarang ni nampak macam dah kurang. Dah tak bagi ayat laser, pedas. TAPI, jeling pulak ! sambil mulut terkumat kamit. Hai lah anaaaakkkkk.

Satu hari tu, Insyirah & Jazman bergaduh. Perang mulut dalam kelas. Walaupun tak kuat, tapi aku dapat tangkap butir-butir perkataan yang keluar, dan aku dah rasa ada bibit-bibit bergaduh nak mula !



Terjadilah dialog sebegini ;


Jazman : dah lah gemuk. Kuat makan. Bising je.

Insyirah : alah, yang suka cakap kita tu kenapa.. sibuk.. wekkk.. sibukk..

Jazman : biarlah. gemuk !

Insyirah : eeeee.. diam lah ! dah lah tengah "bergebu" ni..

Tiba-tiba aku nyampuk.

Aku : Haa? cakap apa tadi Insyirah? Bergebu? (dalam hati aku dah dapat tangkap benda apa dia nak cakap sebenarnya, saja aku tanya. Suka sangat bila tengok budak-budak ni menjawab dengan yakin. Nampak innocent sangat !) 

Insyirah : haah, yelah. Kan tengah bergebu ni. Mana nampak apa-apa.


Adui sayang. JEREBU !

Aku geli hati sampai dah keluar kelas rasa nak ketawa guling-guling dah. Untunglah si Jazman tu tak faham maksud sebenar "bergebu". Buatnya dia faham aku confirm dia akan smash Insyirah. "Ko memang gebu pun !" haaaa... tak ke haru? aku selalu usik dua orang tu. Jangan gaduh je, nanti dah besar kahwin. Dua-dua muncung, boleh ikat dengan reben pink polka dot aku. HAHA.

Kisah ni jadi waktu Johor jerebu teruk dulu :) 

* * *

berkawan dengan budak2 ni, macam-macam perkataan baru aku dapat. Vocab Bugis aku pun bertambah jugak. Semalam dengan Ridwan, murid PRA sekolah. Bersungguh nak nyanyikan aku lagu. Siap kawan dia tutup mulut sebab tak sedap. HAHA. aku tadah je telinga. Sekali si Imran tukang tutup mulut tadi pun nak nyanyi jugak. 


Ridwan yang berdiri paling kiri. Imran pulak yang berdiri nombor dua dari kanan. Bila dua-dua ni berebut tunjuk bakat terpendam, dah rupa lagu hip hop nak-nak si Ridwan dan Imran bergabung nyanyi sapa paling kuat. Last-last aku suruh dua-dua diam. Degil jugak tu. Aku terus cakap "siapa diam paling lama, dia menang !" rupanya satu kelas PRA murid 13 orang join. Maka, senyap sepi lah kelas, sambil tangan mereka asyik mewarna huruf. Fuuuhhh.. lega. Dah dekat 5 minit macam tu, berakhir lah game senyap tu. Kali ni, Fatihah dan Huddah tukar pulak aturan game. Kena cakap berbisik-bisik. Adoiiii.. geli hati aku.. Penin ! Si Fatihah sambil berjalan nak ambik buku pun terjengket-jengket, jari telunjuk dekat mulut. Aku? bagus, Fatihah faham maksud senyap dan hormat !

Si Ridwan lepas 10 minit sambung aktiviti nyanyi. Lagu ost Adam Hawa. Ni pun ada kisah lucu. Yang Imran pulak sambil mewarna, dia menyanyi. Lagu Shae - Sayang. Mujur dia tak buat gaya ala-ala Bobo. Kalau tidak, tampal koyok aku gara-gara penin lagi. Hai lahhh kekanakan..

Sambung kisah Ridwan dan lagunya. Nilah lagu yang Ridwan dok ulang-ulang nyanyi. Sampai aku terperasan sesuatu. "Demiiiii cintaaaa dalam hatikuuuuu.." -sepatutnya-
Bila dapat kat Ridwan "Beliiiii cintaaaaa dalam hatikuuuuu.. " siap dengan gaya tangan dah pensel warna tadi udah jadi mikrofon !!
Boleh dijual beli dah cinta, haaa.. sudahhhh.


Aku : Ridwan, sedap suara.  Sebut apa tadi? Demi cinta ehh?

Ridwan : alah, BELI cinta *dengan yakin dia menjawab. Tak de riak bersalah @ tersalah*

Aku : Ohhh.. beli ke? demi lah Ridwan.

Ridwan : "Beliii cintaaa dalam hatikuuuuu..." *sambung nyanyi kali ni dengan gaya lagi asyik, macam tengah rakam album*



Anak oh anak.



xoxo,

Mrs. Zairul.

Cacapan !

Aku selalu lupa nama cacapan ni. Mulalah dalam kepala aku merawang nama Acapan. Tak sampai 2 saat, baru teringat nama "cacapan" ni. Menu ni sangat-sangat popular keluarga belah Abah. Dah kata orang banjar, mesti ada makanan tradisi gitu kan. Cacapan ni dia ala-ala kerabu mangga tapi versi air tangan banjar :) ye kot, kerabu.

Senang share resepi kat sini, nanti bila-bila rasa nak buat, klik je !

Bahan-bahan nak buat cacapan ni pun tak letih nak cari. Cuma part ambik buah pelam hijau tulah kot kena gigih sikit. Kena panjat pokok, guna galah ke. Bergantung pada usaha kita untuk dapatkan pelam tu. Dah kata sedapkan pelam tu, kenalah bersusah payah sikit. Taip "pelam hijau" je dah buat aku kecur liur. Belum ada depan mata lagi. Ni jap lagi nak upload gambar, jangan le basah keyboard depan ni. Puasa weh !

Bahan-bahan cacapan ;

(1) Pelam hijau


(2) Cili api
(3) Bawang merah


(4) Belacan
(5) Garam secukup rasa
(6) Air masak

Agak-agak je banyak mana bahan-bahan tu.

Boleh ke tak aku teruskan menaip ni. Dah gorok-gorok bunyi perut ni. Dugaan betul menaip perkataan-perkataan yang ada kaitan dengan makanan bulan-bulan puasa ni. Haishhh.. Semoga banyak pahala berkat sabar yang tinggi. Aminnnn, in syaa Allah.

Okkay, teruskan usaha.

Caranya :

(1) Buah pelam tadi kupas kulit, lepas tu potong panjang-panjang, haluuuuus je. Masa aku buat dulu, aku potong kasar. Tak de lah kasar sangat, tapi tak halus lah. Ibu tegur. Tapi aku degil, cakap "halus tak sedap". Menjawabbbb aje kerjanya !




(2) Hiris pulak bawang merah tadi, dan cili api tu pun kita potong kecik-kecik.
(3) Campurkan hirisan bawang merah dengan cili api sama-sama dengan pelam 
     halus tadi. Gaulkan.




(4) Ambik belacan sikit, air masak sikit, dan garam sikit cukup rasa, masukkan 
     bersama-sama bahan tadi. 



Hiduplah aman damai semua bahan-bahan tadi.




Dah siap !

Cacapan ni aku makan buat cicah. Dapat ikan bakar, cicah cacapan, Ya Allah. Sempuuuuuurrrrnaaa hidup ;)

Tq Mok de bagi pelam ! lepas ni nak try buat jeruk pulak. Huh, kecur lagi !



xoxo,



Mrs.Zairul :)

Friday, July 12, 2013

DIY Majlis Kahwin !

Sedar tak sedar, rupanya banyak jugak benda yang aku DIY. Bersemangat sangat walaupun dah hujung-hujung banyak yang aku korbankan. Terpaksa korbankan sebenarnya. Cita-cita memang tinggi selalu, bila dah mengah baru nak mengalah. Antara barang-barang yang sempat DIY macam ;

* paper wheel




* kad kahwin



* bunga tisu




* guest note




* mini pelamin (nikah) -kerja berjemaah.. hehe-




* gambar frame stand




* bunga manggar -ibu diy kan :) -



* bunga tangan - ni kawan-kawan baik diy kan -



Kerja-kerja men-DIY memang seronok. Nak-nak at the end, kita puas hati dengan hasil kerja kita. Yeah, that's it. Aku bertuah sangat sebab berpuluh-puluh tangan sudi bantu kerja-kerja men-DIY aku. Terima kasih yang tak terhingga buat ahli keluarga hebat, kawan-kawan baik, tak lupa En.Kande :)




xoxo,

Mrs.Zairul :)

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan kali ini..

Ramadhan kali ni paling hebat diduga. Tanpa suami di sisi, juga keluarga dan sanak saudara. Sendirian di penghujung benua asia. Setiap hari aku pandang kalendar hitung bila balik perak, hitung bila boleh jumpa Bubu.



Semalam terawih pertama Ramadhan, gigih aku bawak diri sorang-sorang ke Masjid Benut, ikutkan hati nak jalan kaki je, kauk pahala lebih. Tapi awal-awal Bubu dengan abah melarang keras. Bahaya. Aku mengeluh. Masjid dengan rumah tak jauh pun. lebih kurang 100m, mungkin kurang lagi jarak tu. Sangat2 dekat. Bila ada aktiviti kat masjid, -ceramah, tafsir Quran, tazkirah- memang akan kedengaran jelas dari rumah. Sangat-sangat suka perasaan masa tu :) 

Teringat setiap detik aku kat rumah dengan ibu, abah, adik2, makcik pakcik, sepupu sepapat, yang memang duduk dekat2 sekangkang kera je rumah. Dari kecik aku dah terbiasa hidup berkeluarga. Mana-mana aku pergi, pasti ada keluarga di sisi. Aku mula jauh dari keluarga lepas sambung belajar di UIAM. Tu pun kalau dihitung, tak jauh mana nak banding kawan-kawan aku yang berasal dari Kelantan, Terengganu, Kedah. Teluk Intan ke Gombak baru makan masa 2jam lebih perjalanan. Sanggup lagi kalau nak tiap-tiap minggu balik. Untung sebab masa belajar dulu, ramai yang rajin layan kerenah bila hujung minggu. Masuk je hari khamis, aku dah siap packing barang nak balik rumah Teluk Intan @ tumpang kasih rumah Mak Eda -she's the best aunt ever. Miss her so muchhh. Kalau aku sibuk hari Sabtu pun, petang Sabtu atau hari Ahad Mak Eda akan ajak aku ukur shopping mall. Lepas tu berdesup balik rumah Mak Eda. Aku suka sangat duduk rumah Mak Eda, rasa terubat rindu pada keluarga di Teluk Intan. Family bonding rasa kuat. Makcik-makcik aku semua aku anggap sama macam Ibu. Pakcik-pakcik pun aku anggap sama macam Abah. Kami memang rapat dari kecik. Tambah-tambah beza antara sepupu tak jauh. Kalau jauh pun, dah boleh jadi kawan jugak. Contoh macam si kecik Ainna yang baru 2 tahun setengah. Pun boleh buat kawan menyakat. 

Ahhh.. Rmadhan kali ni uji aku, asuh aku jadi kuat, tabah, dan berdikari :) aku masih bertuah sebab ada kawan-kawan yang setia. Alhamdulillah hubungan baik dengan kawan-kawan istimewa kat sini, kakak -kawan rumah-, Azie, Fid, dan Dayah. Alhamdulillah warga sekolah pun baik-baik semua, dah macam ahli keluarga sendiri. Tu hikmah sekolah kecik, semua jadi rapat. Dah lebih setengah tahun duduk sini, banyak yang aku dapat belajar. Tu lah, betul orang cakap, bila kita mula pikir sesuatu masalah atau kesusahan tu in a positive way, kita akan belajar menerima daripada mengeluh tak tentu hala :)




Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna, dan benar-benar berjaya menjadi bulan ibadat buat aku, En.Kande, keluarga, keluarga mentua, dan kawan-kawan :)

Ramadhan kareeem !




Dah terbayang-bayang menu dalam kepala nak masak hari ni ! kalau mommies bulan puasa ni, bagi inspirasi pada diri untuk BF anak-anak, aku pulak bagi inspirasi pada diri untuk memasak ! heeee..


xoxo,

Mrs.Zairul :)