Saturday, August 4, 2018

Resepi : Puding Roti Kuah Kastad

Ni lah menu pertama rasmi oven ibu abah. Terima kasih ibu, abah :)

So, ini lah resepinya. Senang bila-bila nak buat boleh terus view dari phone.

- BAHAN A -
2 cawan susu segar
2 biji telur
4 sudu gula
2 sudu butter / marjerin

- BAHAN B -
1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 sudu gula
3 sudu tepung kastard

Cara :
1. Masak Bahan A. Kacau hingga sebati.
2. Carik 8 keping roti dan masukkan ke dalam loyang. Kemudian tuangkan bahan A tadi atas roti yang telah dicarikkan.
3. Biarkan sekejap kemudian tabur kismis.
4. Panaskan pada suhu 180 darjah dalam masa 45 minit.
5. Untuk sos kastard, masukkan Bahan B dan kacau sehingga pekat.

Siap !

Bolehlah potong puding roti dan tuang kuah :) selamat menjamu selera !







Resepi : Kek Coklat Moist :)

Resepi ni ibu bagi. Memang sedap sebab tak manis sangat dan tak muak. Sebiji kek memang boleh habis dalam masa satu hari je :)

Ni resepi untuk 2 bancuhan ya.

- BAHAN A -
1 3/4 cawan koko
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 1/2 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat

- BAHAN B -
2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil esen vanila
6 biji telur

- TOPPING -
1 inci buttercup (boleh agak2 je ya)
1/2 cawan susu pekat
2 sudu koko
2 sudu milo (hari tu guna susu tepung coklat zayyan  yang dutch lady tu je sebab tak de milo)
Susu segar (optional kalau topping pekat)

Cara :

1. Masak bahan A dan sejukkan.
2. Telur pukul hingga kembang. (Guna blender je baru ni sebab belum ada 
    mixer. heeeeee). Selepas kembang, masukkan esen vanila kemudian 
    masukkan bahan A sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit dan kacau kaup balik kaup balik.
4. Sapu loyang keliling dengan marjerin.
5. Bakar pada suhu 180 darjah dalam masa 45 minit hingga 1 jam.
6. Untuk topping, guna kaedah double boil.

Siap !






Sunday, July 22, 2018

Resepi : Udang Buttermilk :)

Second time cuba. First hari tu guna resepi yang ada susu segar. Tak berapa suka rasa dia. Mungkin sebab ada susu jadi macam pelik sikit. Lepas tu susu pekat pun macam tak masuk pulak. So hari ni cuba resepi baru, dan sangat berpuas hati :) senang simpan sini, bila2 nak guna boleh tengok. Jom !

Resepi udang buttermilk (anggaran 10 ekor udang)

Bahan-bahan :
(a) udang dalam 10 ekor
(b) serbuk kunyit dan garam (utk goreng udang)
(c) daun kari
(d) 3 sudu butter
(e) bawang putih (5 ulas)
(f) bawang besar (1 labu) -potong dadu
(g) cili padi 3 biji (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
(h) 1/2 tin susu cair
(i) 1 sudu susu pekat
(j) tepung jagung campur air (sedikit sahaja utk pekatkan kuah kalau cair)

Cara :

1. Gaul udang dengan kunyit, garam. Kemudian, goreng udang. Jangan terlalu garing.
2. Angkat udang letak tepi. Gunakan kuali yang sama. Masukkan butter. Tumis bawang putih,  
    bawang besar dan cili. Masukkan daun kari, tumis sampai naik bau.
3. Masukkan susu cair. Masak sehingga kuah pekat. Agak2 pekat, tak perlu letak tepung jagung. 
    Sekiranya kuah cair, boleh masuk tepung jagung yang dicampurkan sedikit air.
4. Masukkan garam, gula/satu sudu susu pekat untuk rasa lemak manis masin dalam masakan :)

Alhamdulillah, dah siap !