Thursday, September 11, 2014

Kotak serba guna & kad 'pop-up'

Pagi bila abg.zairul call mesti tanya : "apa aktiviti hari ni?". Penat lah asyik jawab "tak da apa yang menarik pun". Lagi penat bila kena "ooo.. semua menolak la ye". Nasib baik jauh. Kalau tak dah kena sepit ketam dah.
Jumaat lepas-lepas Allah ilhamkan aku sesuatu. Jeng jeng jeng. Youtube ! heee

Video diy kat youtube buat aku lupa diri sekejap.

 Dah ada kegilaan baru sekarang. Obses dengan kotak, wrapping paper.

Projek guna meja kaki separuh siap letak lampu meja. Over sangat ! konon mini work station. Bagi semangat tu sebenarnya. Habis aku angkut abah dengan ibu punya stationary masuk dalam bilik.

Day 1 : Kotak serba guna

Aku guna kotak seterika. Balut dengan wrapping paper. Kemudian tepek paper wheel. Memandangkan ini projek pertama, ambik masa dari mula pegang gunting sampai siap tepek paper wheel, kira-kira dalam 4 jam. Haha.

Ni rupa kotak tu.


Abaikan paper wheel punya bulat tengah dah hilang. Hehe.





Boleh lah masukkan apa-apa. Mula-mula kotak ni siap aku letak charger, earphone, dengan pen drive. Lepas Deqqa balik dari asrama, aku terus bagi hadiah dekat Deqqa kotak ni. Adik kan selalu dapat barang second hand kakak. Hehe *Deqqa dah selamat rasmikan pun seperti di atas* :D


Day 2 : Pop up card untuk Deqqa

Ni lah first time aku buat kad pop up. Kebetulan abah dengan ibu nak lawat Deqqa kat asrama, jadi aku pun buat kad kasih sayang untuk Deqqa. Lama jugak ambil masa memandangkan cubaan pertama kali. Abah kejap2 jenguk kat pintu bilik risau kot aku tak keluar-keluar bilik. Work in progress, Bah ! kikiki

Hasil pop up card untuk Deqqa.






Simple je tapi Deqqa tak percaya aku buat. Sampai hati kamu dik. Naik haus ibu jari ni melipat menggunting. Tapi paling best dengar ibu cakap. Deqqa dapat kad boleh nangis terharu.
Oh. Kad tu aku tak bubuh dalam envelope. Aku buat paper bag kecik. Itu pun baru belajar kat youtube. Hihi

 Ni rupa paper bag tu.





Sekarang ni gila dengan video room tour pulak dekat youtube ! Adoi.

3 comments: