Monday, September 22, 2014

Resepi ; Apam Dewa :)

Kemain nama apam ni :D abah kata dulu arwah nenek selalu buat tapi panggil 'roti kukus' :)

Alhamdulillah dua kali dah cuba buat apam dewa ni. First batch keras sikit. Yang kedua alhamdulillah okkay walaupun pembantu berbeza.. hihi


Tq Deqqa pembantu first batch & Tq Dear Mr.Zairul pembantu second batch !


Paling best buat apam ni masa nak masukkan warna-warna dalam loyang sampai jadi spiral :) 


Soooo, nilah resepi apam dewa setelah dua kali percubaan ;)


Bahan-bahannya :

6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil penutup esen vanila
1 3/4 cawan tepung gandum


Caranya :


(1) Didihkan air dalam periuk kukus.


(2) Sapu loyang dengan marjerin (elak apam dari melekat pada loyang selepas siap)


(3) Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga betul-betul kembang dan 

     adunan naik 2 kali ganda (aku pakai mixer guna high speed lebih kurang 15 minit)
     Tips ibu : tak perlu mixer stand. Pegang je ngan tangan dekat pemegang tu, lepas tu 
                    kacau jangan sampai bawah bowl mixer. Memang naik gebu.

(4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.


(5) Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.


(6) Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan 

     warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah 
     sehingga semua warna adunan habis. (Yeayyyy ! best part ! nanti nampak lah bentuk 
     spiral)

(7) Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. 

     Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat 
     bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah 
     adunan. Buat kepada empat bahagian (yang ni aku tak cuba sebab suka dah dengan 
     spiral tu)

(8) Kukus apam selama 40 minit menggunakan api sederhana.

     Tips : Boleh balut penutup periuk kukus dengan napkin atau lebih mudah letak sahaja 
              plastik biasa atas loyang, balut elok-elok supaya air wap tak jatuh. Bagi apam 
              lebih cantik permukaan atas tu ;)


Credit to : http://resepicikguani.blogspot.com/2012/09/apam-dewa.html 

                Terima kasih ! :)


Ni lah rupa apam dewa masa first batch dulu :) banyak lagi nak kena belajar.. supaya herot-herot tu dapat diperbaiki.. hehe




2 comments: